Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

Misteri Lata Kinjang

>> Khamis, 10 Februari 2011



























Hutan Lipur Latar Kinjang saban hari dikunjungi orang awam untuk bermandi-manda.Ia sebenarnya menyimpan cerita misteri dan lagenda yang hanya diketahui segelintir orang
setempat.Mengikut sejarah, ia dinamakan Lata Kinjang kerana terdapat banyak kijang.
Orang Inggeris yang datang memburu telah salah menyebut lalu berubah menjadi
"Kinjang". Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi JKKK turut mengesahkan mengenai cerita misteri yang terdapat di sini. Setakat ini, masih belum ada inisiatif untuk membukukan kisah misteri dan lagenda Lata Kinjang.Sekiranya orang-
orang tua meninggal dunia, maka lenyaplah cerita tempat ini untuk generasi muda.
Pengerusi JKKK ada menyebut,di tingkat tiga lata terdapat kesan tapak kaki kijang yang
dikejar harimau akar lalu disumpah kelembai menjadi batu.Kesan tapak kaki dan batu
seakan harimau akar masih tersergam di tingkat tiga lata. Disini juga,terdapat kubur anak kelembai yang terbaring memanjang menjadi batu.Juga kesan tapak kaki kelembai
termasuk lesong menumbuk padi yang disumpah jadi batu.Beliau turut menceritakan
bahawa Puteri Bunian pernah menjelma disini pada zaman silam sehingga menarik
perhatian seorang bangsawan Inggeris yang bercita-cita tinggi mengahwini puteri itu.Masyarakat Orang Asli disini berkata bahawa orang Inggeris tersebut datang pada
tahun 1900.Kerana ingin melihat wajah Puteri Bunian,hartawan tersebut telah membina
sebuah banglo di tingkat 1 lata.Ia bertujuan tempat menginap sambil melihat wajah
puteri yang muncul ketika senja.Setelah berbulan-bulan menunggu,akhirnya dia pulang
ke Eropah.Banglo tersebut rosak dan hanya tinggal rangkanya sahaja.Puteri Bunian
dipercayai penunggu Lata Kinjang oleh segelintir masyarakat.Disini juga terdapat
serumpun buluh perindu.Ia hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu saja.
Allahyarham P.Ramlee dikatakan memiliki buluh perindu yg diambil disini sebagai ubat memerdukan suaranya.Terdapat kambing gurun yang lincah dan ia sukar diperangkap.
Pengerusi JKKK berkata bahawa ini adalah cerita lisan dari mulut ke mulut saja.Beliau
berharap agar yang mengambil inisiatif untuk membukukan melalui cerpen, novel atau drama.

Read more...

Misteri Kellie's Castle

>> Selasa, 25 Januari 2011


Pemanduan setengah jam dari Bandaraya Ipoh, Perak ke Batu Gajah akan membawa anda ke sebuah Ladang Getah Kellas.Dalam ladang yang menghijau itu, berdiri teguh sebuah istana impian kepunyaan William Smith, seorang peladang kaya yang berasal dari Scotland.
Pembinaan yang bermula pada tahun 1915 telah berhenti secara tiba-tiba kerana kematian pemiliknya.Sejak itu, suasana seram menyelubungi istana itu.Sesetengah mempercayai bahawa
ia mempunyai bilik rahsia dan terowong yang boleh menghubungkan hingga ke Ipoh dan yang lain.Setelah 96 tahun berlalu, perkara aneh dan ganjil telah menguatkan lagi lagenda mengenai istana impian ini.Ia juga seperti telah menarik ramai pengunjung datang ibarat magnet.Satu perkara ganjil telah ditemui beberapa tahun yang lalu.Ia adalah benda yang menyerupai seekor beruang di batang pokok batai, pokok yang berusia kira -kira 40 tahun.Pengarah Eksekutif Kellie's Castle, Tajuddin Yaacob, berkata penemuan ini telah mengubah senario Kellie's Castle yang terkenal sebagai kawasan perlancongan yang misteri di negara ini.Ini menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu dan cuti sekolah.Selain pelancong dalam negara, ia turut dikunjungi pelancong dari Jerman, Amerika Syarikat, dan negara lain di Asia.Kebanyakkan pelancong luar negara datang dari United Kingdom, mungkin sebab William Smith bersal dari Scotland.For your information, Kellie's Caste ialah istana zaman kolonial yang dibina antara 1905 hingga 1926.Ia dibangunkan atas lambang cinta William Smith kepada isterinya, Agnes.Ia diperbuat daripada batu bata merah dan marmar setinggi enam tingkat diimport dari India.Mempunyai 24 bilik tak termasuk bilik rahsia dan sebuah terowong.Juga mempunyai sebuah lif yang dikenali sebagai lif pertama di Malaysia.

Read more...

Abaraj Al-Bait Tower

>> Rabu, 1 September 2010


Abraj Al-Bait Tower ataupun Menara Jam Diraja Mekah merupakan antara kompleks terbesar di dunia yang terletak di Mekah, Arab Saudi.Pembinaan menara ini telah diambil alih oleh sebuah syarikat pembinaan yang tersohor di Arab Saudi iaitu Saudi Binladin Group.Ia telah diiktiraf sebagai menara tertinggi di Arab Saudi dan merupakan bangunan hotel yang terbesar serta tertinggi di dunia.Ia mempunyai sebuah ruang legar besar yang berukuran 1,500,000 m2 atau 16,150,000 kaki persegi yang menyamai tiga terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE.Ketinggiannya telah melebihi Emirates Park Towers iaitu hotel tertinggi di dunia.Ia menempatkan hotel yang beraraf 7 bintang.Ia telah merampas kedudukan Menara Taipei 101 yang merupakan menara kedua tertinggi selepas Burj Dubai.Ia menempatkan sebuah jam di setiap sudut menara (43 × 43 m (141 × 141 kaki) iaitu jam terbesar di dunia.Menara jam tersebut adalah 530 meter (1,740 kaki) iaitu menara jam tertinggi di dunia.Ketinggian keseluruhan kompleks ini adalah 601 meter (1,972 kaki).Tapak menara ini bertentangan dengan Masjidil al-Haram yang menempatkan Kaabah iaitu salah satu tempat paling suci bagi umat Islam.Setiap dari sudut jam ini bakal dipaterikan dengan 2 juta lampu LED berserta dengan tulisan arab yang cukup besar yang bertulis “Dengan Nama Allah”. Selain itu, 21,000 lampu putih dan hijau akan dilengkapkan di sudut atas jam tersebut dan akan terpancar sehingga 19 batu jauh dengan menggambarkan dan memberi isyarat sembahyang lima waktu umat Islam. Selain itu, ianya bakal menjadi satu kemudahan bagi menampung 10 juta orang islam yang bakal mengerjakan haji pada setiap tahun.Menara jam ini menggantikan Universal Time Standard berusia 126 tahun atau lebih dikenali Greenwich Mean Time (GMT).

Read more...

Dancing Forest


Gambar diatas ialah sebuah hutan yang terletak di Taman Negara Curonian Spit di daerah yang terletakantara Curonian Lagoon dengan Laut Baltik, Russian.Hutan ini mempunyai bentuk pokok yang unik dan aneh.Pokok ini diperkirakan berusia lebih 20 tahun mempunyai bentuk seakan-akan ular.Pengurus Taman Negara Curonian Spit menggelar hutan ini sebagai "Dancing Forest" manakala penduduk tempat menggelarnya "Drunken Forest",hutan yang mabuk.Bentuk pokok-pokok ini bagaikan bonsai alam semulajadi.Ini telah membuatkan para pengkaji bingung.Berbagai teori mengenai fenomena ini telah timbul.Ada sekumpulan paranormal menyatakan bahawa di tempat tersebut terdapat banyak tenaga positif dan tenaga negatif telah bertemu.Teori lain menyatakan bahawa ia disebabkan faktor struktur tanah berpasir yang tidak stabil.Teori terakhir mengatakan bahawa mungkin pokok-pokok tersebut memiliki bentuk yang aneh disebabkan hembusan angin kencang yang terus-menerus.Saya lebih memilih teori terakhir kerana sesebuah taman akan dipengaruhi oleh hembusan angin.Ia sebab keluasan taman tersebut.Sehingga kini, fenomena ini masih menjadi misteri.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP