Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

Misteri Lata Kinjang

>> Khamis, 10 Februari 2011



























Hutan Lipur Latar Kinjang saban hari dikunjungi orang awam untuk bermandi-manda.Ia sebenarnya menyimpan cerita misteri dan lagenda yang hanya diketahui segelintir orang
setempat.Mengikut sejarah, ia dinamakan Lata Kinjang kerana terdapat banyak kijang.
Orang Inggeris yang datang memburu telah salah menyebut lalu berubah menjadi
"Kinjang". Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi JKKK turut mengesahkan mengenai cerita misteri yang terdapat di sini. Setakat ini, masih belum ada inisiatif untuk membukukan kisah misteri dan lagenda Lata Kinjang.Sekiranya orang-
orang tua meninggal dunia, maka lenyaplah cerita tempat ini untuk generasi muda.
Pengerusi JKKK ada menyebut,di tingkat tiga lata terdapat kesan tapak kaki kijang yang
dikejar harimau akar lalu disumpah kelembai menjadi batu.Kesan tapak kaki dan batu
seakan harimau akar masih tersergam di tingkat tiga lata. Disini juga,terdapat kubur anak kelembai yang terbaring memanjang menjadi batu.Juga kesan tapak kaki kelembai
termasuk lesong menumbuk padi yang disumpah jadi batu.Beliau turut menceritakan
bahawa Puteri Bunian pernah menjelma disini pada zaman silam sehingga menarik
perhatian seorang bangsawan Inggeris yang bercita-cita tinggi mengahwini puteri itu.Masyarakat Orang Asli disini berkata bahawa orang Inggeris tersebut datang pada
tahun 1900.Kerana ingin melihat wajah Puteri Bunian,hartawan tersebut telah membina
sebuah banglo di tingkat 1 lata.Ia bertujuan tempat menginap sambil melihat wajah
puteri yang muncul ketika senja.Setelah berbulan-bulan menunggu,akhirnya dia pulang
ke Eropah.Banglo tersebut rosak dan hanya tinggal rangkanya sahaja.Puteri Bunian
dipercayai penunggu Lata Kinjang oleh segelintir masyarakat.Disini juga terdapat
serumpun buluh perindu.Ia hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu saja.
Allahyarham P.Ramlee dikatakan memiliki buluh perindu yg diambil disini sebagai ubat memerdukan suaranya.Terdapat kambing gurun yang lincah dan ia sukar diperangkap.
Pengerusi JKKK berkata bahawa ini adalah cerita lisan dari mulut ke mulut saja.Beliau
berharap agar yang mengambil inisiatif untuk membukukan melalui cerpen, novel atau drama.

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP