Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.
Memaparkan catatan dengan label Penemuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penemuan. Papar semua catatan

Dancing Forest

>> Rabu, 1 September 2010


Gambar diatas ialah sebuah hutan yang terletak di Taman Negara Curonian Spit di daerah yang terletakantara Curonian Lagoon dengan Laut Baltik, Russian.Hutan ini mempunyai bentuk pokok yang unik dan aneh.Pokok ini diperkirakan berusia lebih 20 tahun mempunyai bentuk seakan-akan ular.Pengurus Taman Negara Curonian Spit menggelar hutan ini sebagai "Dancing Forest" manakala penduduk tempat menggelarnya "Drunken Forest",hutan yang mabuk.Bentuk pokok-pokok ini bagaikan bonsai alam semulajadi.Ini telah membuatkan para pengkaji bingung.Berbagai teori mengenai fenomena ini telah timbul.Ada sekumpulan paranormal menyatakan bahawa di tempat tersebut terdapat banyak tenaga positif dan tenaga negatif telah bertemu.Teori lain menyatakan bahawa ia disebabkan faktor struktur tanah berpasir yang tidak stabil.Teori terakhir mengatakan bahawa mungkin pokok-pokok tersebut memiliki bentuk yang aneh disebabkan hembusan angin kencang yang terus-menerus.Saya lebih memilih teori terakhir kerana sesebuah taman akan dipengaruhi oleh hembusan angin.Ia sebab keluasan taman tersebut.Sehingga kini, fenomena ini masih menjadi misteri.

Read more...

Imej Paling Jelas Pluto.

>> Khamis, 18 Mac 2010

Gambaran paling terperinci bagi permukaan planet kerdil iaitu Pluto yang diperoleh daripada pelbagai foto teleskop angkasa Hubble milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada tahun 2002 dan 2003 kini dipamerkan.Sepi,sejuk,terasing.Mungkin itu yang sering orang ramai digambarkan tentang planet kerdil tersebut.Hubble bagaimanapun telah berjaya mendedahkan ciri dan bentuk planet kerdil tersebut yang kompleks.Ia kelihatan seperti dunia beraneka ragam dengan gabungan warna putih, oren gelap dan hitam arang.Warna keseluruhan dipercayai kesan radiasi ultra ungu matahari yg membebaskan gas metana sekali gus menghasilkan permukaan Pluto berwarna gelap dan mempunyai lebih karbon yang kaya.Siri foto itu mengambil masa empat tahun untuk diambil dan membabitkan operasi sebanyak 20 buah komputer secara berterusan dan beroperasi secara serentak.-gambar ada di comment kerana sebab2 tertentu.

Read more...

Penemuan Haiwan Baru

>> Isnin, 16 November 2009


Penemuan seekor haiwan baru telah ditemui iaitu seekor kura-kura albino.Kura-kura ini ditemui di tepi sungai di Hena,China.Kura-kura putih ini mempunyai tempat tersendiri di dalam kebudayaan China.Sebuah novel klasik "Perjalanan ke Barat"yang menceritakan kisah Sun Go Kong bersama-sama temannay pernah menceritakan tentang seorang dewa yang diubah menjadi kura-kura putih besar setelah dia melakuan satu kesalahan.Namun, ia tidak seperti karakter di dalam novel tersebut.Kura-kura putih ini hanya memiliki panjang 40 cm dan berat 6.5 kg.Tubuhnya berwarna putih dan mempunyai sedikit tompok berwarna merah jambu.

Read more...

Golden Mantled Kangaroo

>> Jumaat, 9 Oktober 2009


Satu jenis haiwan baru telah berjaya ditemui di negara Indonesia.Golden Mantled Kangaroo yang telah diduga akan penemuannya pada akhir tahun 2005 kelmarin telah berjaya ditemui oleh sepasukan pasukan gabungan dr National Geographic America Society,Australia International Conservation dan Pusat Penelitian Biologi Institut Indonesia di Pergunungan Foja Papua.Menurut daripada para peneliti,Golden Mantled Kangaroo merupakan jenis kangaru
yg paling kurang di dunia populasinya dan diperkirakan mungkin jumlahnya ialah tidak lebih dari 10 ekor.Bulunya yang bercorak belang dan menjadi buruan para pengemar bulu telah menyebabkan bilangannya semakin berkurangan di dunia ini.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP