Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

Amber Room

>> Isnin, 31 Oktober 2011

Amber Room merupakan salah satu harta karun dunia yang hilang dan terkenal.Amber
Room yang terletak di Istana Catherine Tsarskoye berhampiran Saint Petersburg,Rusia
adalah sebuah ruang yang dibina dengan disertai lapisan emas, daun emas dan cermin.
Oleh kerana kecantikan dan kemewahan, Amber Room kadang-kadang digelar sebagai
"Eighth Wonder of the World".Bangunan yang dibina pada tahun 1709 itu merupakan
tempat tinggal Raja Prussia pada asalnya.Raja Prussia telah menghadiahkan bangunan
ini kepada Tsar Peter yang merupakan Pemerintah Agung Empayar Rusia pada 1716.
Bangunan ini bertahan sehingga lebih dua ratus tahun dan kemudiannya hilang.Pada
tahun 1941, tentera Nazi telah menyerbu Saint Petersburg.Hal ini menyebabkan Soviet berusaha untuk menyembunyikan harta karun terkenal mereka.Walau bagaimanapun,
tentera Nazi tidak mudah untuk ditipu.Tentera Nazi berjaya membuka Amber Room
dalam tempoh 36 jam dengan bantuan 2 orang pakar.Tentera Nazi telah mengambil
semua isi Amber Room dan menyimpan ke dalam peti lalu dibawa ke Konigsberg,
Jerman menggunakan kereta.Pada tahun 1945,pihak Soviet mencuba untuk
merampas semula Amber Room.Tetapi "Eighth onder of the World" dilaporkan hilang
begitu sahaja.Lebih dari 60 tahun sudah berakhir, banyak kisah mengenai Amber
Room telah digembar-gemburkan.Segenlintir mengatakan bahawa ia hancur ketika
peristiwa pengeboman Konigsberg dan ada juga yang mengatakan bahawa ia tertanam
di suatu pergunungan bijih atau tertanam bersama-sama sebuah kapal selam yang
tenggelam di Laut Baltik.Pada tahun 1979, satu usaha telah dijalankan bagi membina
semula Amber Room di Tsarskoye.Setelah berusaha selama berdekad-dekad,akhirnya
pada tahun 2003, Amber Room siap dibina dan telah dirasmikan di Istana Catherine,
Saint Petersburg, Rusia.Usaha membina semula Amber Room telah dibiayai oleh pihak Jerman.Kini, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa pemburu harta karun
Jerman telah menemui sebuah gua bawah tanah yang mengandungi emas tinggalan Nazi.Mereka yakin bahawa Amber Room juga tersembunyi di dalam.

1 comments:

Unknown 11 Januari 2015 pada 7:31 PTG  

hye... nice blog jom2 follow blog saye mydeary123.blogspot.com

Catat Ulasan

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP