Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.
Memaparkan catatan dengan label Misteri Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misteri Alam. Papar semua catatan

Misteri Landspout

>> Isnin, 28 Jun 2010


Ia berlaku pada bulan Jun 2009.Ketika itu sebuah kereta Ford Explorer yang berada tidak jauh dari jalur angin yang membawa pasir Kansas telah menangkap gambar fenomena yang tidak boleh dilupakan.Gambar luar biasa ini memaparkan sebuah badai angin yang mencecah ketinggian 4000 kaki.Gambar ini telah diambil oleh Jim Reed.Dia ialah "pengejar badai" yang paling terkenal di Amerika.Reed telah mendokumentasikan fenomena alam di Amerika selama 15 tahun.Gambar tersebut telah terpapar di Majalah National Geographic edisi Jun 2009.Reed telah menggunakan Ford Explorer untuk mengejar badai di Amerika untuk tempoh kira-kira satu dekad.Fenomena ini banyak digelar "landspout" atau "semburan tanah".Umumnya fenomena ini berlaku dengan singkat.Tornado itu ialah 1 daripada 187 tornado yang menyerang Kansas pada tahun 2008.

Read more...

Ikan Bergigi Manusia

>> Isnin, 16 November 2009


Cerita kali ini bermula dengan seorang nelayan lelaki yang bernama Scott Curry yang berjaya menangkap ikan ini di Tasik Buffalo Springs,Texas.Dia segera mengetahui bahawa ikan ini memiliki gigi yang sama seperti manusia.Pengawal dari Tasik Buffalo Springs berkata bahawa beliau yang mengawal di kawasan ini selama 36 tahun,belum pernah melihat ikan seperti ini.Sebuah stesen televisyen tempatan di Texas segera membuat pengumuman bahawa sesiapa sahaja yang dapat menangkap ikan jenis ini lagi akan dihadiahkan 100 Dolar.Ikan ini ialah jenis ikan yang biasa ditemui di Sungai Amazon.Nama sainstifik bagi ikan ini ialah Colossoma
Macropomum atau disebut sbg ikan Pacu.Ia dapat membesar sehigga panjang 90 cm dan berat 30 kg.Ikan ini bukan saja boleh dijumpai di Sungai Amazon malah ia ada dijual di kedai haiwan di Amerika Selatan.Yang menjadi misterinya adalah bagaimana ikan ini boleh sampai keTasik Buffalo Spring,Texas sedangkan ia berada di tempatlain?
NOTE:Ikan pernah keluar kat program Monster Fish chanel National Geographic.

Read more...

Crop Circle Boryoung

>> Jumaat, 13 November 2009


Selama ini bagi anda yang mengetahui tentang crop cirles tentu ingat bahawa satu-satunya negara yang megalami crop circle ialah Jepun.Namun pada tahun 2008 yang lalu, seorang jurugambar berbangsa Korea telah mempostkan gambar crop circle yang mungkin crop circle yang pertama di Korea Selatan di laman webnya.Crop circle ini telah muncul di Kota Boryoung iaitu pada 3 Jun 2008.Selain mempunyai bentuk dan formasi yang unik, ia juga mempunyai ukuran yang agak luar biasa.Menurut jurugambar tersebut, crop circle ini mempunyai ukuran sekitar 150-200 meter.Jurugambar tersebut juga menceritakan bahawa dia dapat merasakan adanya sesuatu tenaga ketika dia memasuki formasi ini.Dan dia menjadi lemah untuk seketika.Tetapi tidak ada keterangan lebih lanjut mengenai crop circle ini.So carilah sendiri pasal benda nie.

Read more...

Menyingkap Rahsia Stonehenge

>> Selasa, 4 Ogos 2009


Pada 31 Mei 2008 yang lalu para pengkaji ahli arkeologi menyatakan akan menyingkap rahsia disebalik Stonehenge,sebuah monumen batu yg megalistik di selatan Eropah.Lingkaran
batu yg membentuk Stonehenge,130 kilometer sebelah barat daya London diatas dataran Salisbury yg luas,terdiri daripada bongkahan batu pasir berukuran raksaksa dan bluestones lebih kecil batuan vulkanik berwarna kebiruan dengan bintik-bintik putih.Para pakar Stonehenge, Tim Darvill dan Geoff Wainwright akan menggunakan teknik moden menghitung umur dengan karbon dan menganalisa serbuk soil (tanah) dan cangkung laut untuk mengetahui batu-batu itu disusun, di tempat penggalian pertama arkeologi (benda purba) di lokasi World Heritage sejak 1964.“Bila anda ingin tahu mengapa Stonehenge dibina,anda perlu melihat sejauh 250 km ke perbukitan Presili di Pembrokeshire Utara, dari mana bluestones (batu biru) pertama untuk membangun Stonehenge berasal,” kata Wainwright.Pakar mempercayai bluestones, adalah pembentuk lingkaran batu pertama di Stonehenge, mempunyai kekuatan penyembuhan magik.Batu yg kukuh itu didirikan pada 5000tahun lalu mengungguli tempat istimewa yg tua.Teori mengenai Stonehenge dikaitkan dgn kisah supernatural,salah satu dikatakan ahli sihir lagenda Merlin-Ia dibina utk menghubungkan persembahan pemujaan kpd matahari.Wainwright,Presiden of the Society of Antiquaries, dan Darvill, professor arkeologi di Universiti Bournemouth,berharap penemuan mereka menguatkan teori mereka bahawa Stonehenge adalah spa yang menyihatkan di zaman kuno.Orang kuno percaya bahawa batu tersebut memiliki kekuatan penyembuhan.Sebanyak 80 bluestones, mempunyai berat masing-masing antara 1 hingga 4 tan.Diangkut dari darat ke laut iaitu dari Wales Selatan ke dataran Salisbury antara 4500 dan 5000 tahun yang lalu.Kini,hanya tinggal sepertiga sisa-sisa di lokasi asalnya.Yang lain semuanya telah dicuri ataupun dihancurkan selama ribuan tahun dahulu.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP