Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.
Memaparkan catatan dengan label Misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misteri. Papar semua catatan

Bloody Marry,Hantu Yang Boleh Dipanggil

>> Ahad, 30 Oktober 2011

Untuk pengetahuan semua, lagenda Bloody Marry merupakan salah satu kisah lagenda
yang popular di Amerika Syarikat.Bloody Marry atau nama sebenarnya ialah Mary
Whirnington dipercayai mati di hadapan cermin. Segelintir mengatakan bahawa dia
mati dibunuh kekasihnya dengan kejam dan ada juga yang mengatakan Mary merupakan seorang ahli sihir.Hantu Mary terperangkap di dalam cermin sehingga tidak boleh
keluar melainkan ada seseorang yang akan membuka jalannya kerana terlalu lama terperangkap di dalam cermin akan membuatkan jiwanya menjadi marah, tidak
bermaya dan boleh melakukan perkara-perkara yang di luar batasan kemanusiaan.
Bloody Marry dikatakan muncul dalam cermin apabila namanya dipanggil tiga kali
apabila anda berda di dalam bilik air yang gelap.Bloody Marry juga digambarkan
sebagai pembunuh kanak-kanak yang tinggal di bandar.

Cara Memanggil:
1.Pergi ke bilik air di rumah anda.
2.Tutup suis lampu bilik air.
3.Buka paip air.
4.Sebut "Bloody Marry" 3 kali.
5.Tutup mata seketika.
6.Buka mata anda dan lihat di cermin bilik air.
7.Kalau tidak menjadi, cuba berpusing 3 kali.

Baca kisah dibawah sebelum lakukanya:

1.Terdapat cerita yang mengatakan bahawa Si Marry akan bertanya pada anda tiga
pertanyaan.Jika anda salah menjawab 2 soalan, anda mungkin akan dicederakan.Jika
anda salah menjawab ketiga-tiga soalan, anda mungkin akan maut.

2.Selain itu, ada si polan yang ingin mencuba memanggil Bloody Marry.Tetapi kerana
takut, si polan tersebut tidak jadi untuk melakukannya. Lalu, si polan pergi ke bilik
air di rumahnya untuk menutup lilin.Tetapi, selepas menutup lilin, si polan masih
dapat melihat lilin masih menyala di dalam cermin di bilik air.

Read more...

Misteri Lata Kinjang

>> Khamis, 10 Februari 2011



























Hutan Lipur Latar Kinjang saban hari dikunjungi orang awam untuk bermandi-manda.Ia sebenarnya menyimpan cerita misteri dan lagenda yang hanya diketahui segelintir orang
setempat.Mengikut sejarah, ia dinamakan Lata Kinjang kerana terdapat banyak kijang.
Orang Inggeris yang datang memburu telah salah menyebut lalu berubah menjadi
"Kinjang". Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi JKKK turut mengesahkan mengenai cerita misteri yang terdapat di sini. Setakat ini, masih belum ada inisiatif untuk membukukan kisah misteri dan lagenda Lata Kinjang.Sekiranya orang-
orang tua meninggal dunia, maka lenyaplah cerita tempat ini untuk generasi muda.
Pengerusi JKKK ada menyebut,di tingkat tiga lata terdapat kesan tapak kaki kijang yang
dikejar harimau akar lalu disumpah kelembai menjadi batu.Kesan tapak kaki dan batu
seakan harimau akar masih tersergam di tingkat tiga lata. Disini juga,terdapat kubur anak kelembai yang terbaring memanjang menjadi batu.Juga kesan tapak kaki kelembai
termasuk lesong menumbuk padi yang disumpah jadi batu.Beliau turut menceritakan
bahawa Puteri Bunian pernah menjelma disini pada zaman silam sehingga menarik
perhatian seorang bangsawan Inggeris yang bercita-cita tinggi mengahwini puteri itu.Masyarakat Orang Asli disini berkata bahawa orang Inggeris tersebut datang pada
tahun 1900.Kerana ingin melihat wajah Puteri Bunian,hartawan tersebut telah membina
sebuah banglo di tingkat 1 lata.Ia bertujuan tempat menginap sambil melihat wajah
puteri yang muncul ketika senja.Setelah berbulan-bulan menunggu,akhirnya dia pulang
ke Eropah.Banglo tersebut rosak dan hanya tinggal rangkanya sahaja.Puteri Bunian
dipercayai penunggu Lata Kinjang oleh segelintir masyarakat.Disini juga terdapat
serumpun buluh perindu.Ia hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu saja.
Allahyarham P.Ramlee dikatakan memiliki buluh perindu yg diambil disini sebagai ubat memerdukan suaranya.Terdapat kambing gurun yang lincah dan ia sukar diperangkap.
Pengerusi JKKK berkata bahawa ini adalah cerita lisan dari mulut ke mulut saja.Beliau
berharap agar yang mengambil inisiatif untuk membukukan melalui cerpen, novel atau drama.

Read more...

Misteri Kellie's Castle

>> Selasa, 25 Januari 2011


Pemanduan setengah jam dari Bandaraya Ipoh, Perak ke Batu Gajah akan membawa anda ke sebuah Ladang Getah Kellas.Dalam ladang yang menghijau itu, berdiri teguh sebuah istana impian kepunyaan William Smith, seorang peladang kaya yang berasal dari Scotland.
Pembinaan yang bermula pada tahun 1915 telah berhenti secara tiba-tiba kerana kematian pemiliknya.Sejak itu, suasana seram menyelubungi istana itu.Sesetengah mempercayai bahawa
ia mempunyai bilik rahsia dan terowong yang boleh menghubungkan hingga ke Ipoh dan yang lain.Setelah 96 tahun berlalu, perkara aneh dan ganjil telah menguatkan lagi lagenda mengenai istana impian ini.Ia juga seperti telah menarik ramai pengunjung datang ibarat magnet.Satu perkara ganjil telah ditemui beberapa tahun yang lalu.Ia adalah benda yang menyerupai seekor beruang di batang pokok batai, pokok yang berusia kira -kira 40 tahun.Pengarah Eksekutif Kellie's Castle, Tajuddin Yaacob, berkata penemuan ini telah mengubah senario Kellie's Castle yang terkenal sebagai kawasan perlancongan yang misteri di negara ini.Ini menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu dan cuti sekolah.Selain pelancong dalam negara, ia turut dikunjungi pelancong dari Jerman, Amerika Syarikat, dan negara lain di Asia.Kebanyakkan pelancong luar negara datang dari United Kingdom, mungkin sebab William Smith bersal dari Scotland.For your information, Kellie's Caste ialah istana zaman kolonial yang dibina antara 1905 hingga 1926.Ia dibangunkan atas lambang cinta William Smith kepada isterinya, Agnes.Ia diperbuat daripada batu bata merah dan marmar setinggi enam tingkat diimport dari India.Mempunyai 24 bilik tak termasuk bilik rahsia dan sebuah terowong.Juga mempunyai sebuah lif yang dikenali sebagai lif pertama di Malaysia.

Read more...

Dancing Forest

>> Rabu, 1 September 2010


Gambar diatas ialah sebuah hutan yang terletak di Taman Negara Curonian Spit di daerah yang terletakantara Curonian Lagoon dengan Laut Baltik, Russian.Hutan ini mempunyai bentuk pokok yang unik dan aneh.Pokok ini diperkirakan berusia lebih 20 tahun mempunyai bentuk seakan-akan ular.Pengurus Taman Negara Curonian Spit menggelar hutan ini sebagai "Dancing Forest" manakala penduduk tempat menggelarnya "Drunken Forest",hutan yang mabuk.Bentuk pokok-pokok ini bagaikan bonsai alam semulajadi.Ini telah membuatkan para pengkaji bingung.Berbagai teori mengenai fenomena ini telah timbul.Ada sekumpulan paranormal menyatakan bahawa di tempat tersebut terdapat banyak tenaga positif dan tenaga negatif telah bertemu.Teori lain menyatakan bahawa ia disebabkan faktor struktur tanah berpasir yang tidak stabil.Teori terakhir mengatakan bahawa mungkin pokok-pokok tersebut memiliki bentuk yang aneh disebabkan hembusan angin kencang yang terus-menerus.Saya lebih memilih teori terakhir kerana sesebuah taman akan dipengaruhi oleh hembusan angin.Ia sebab keluasan taman tersebut.Sehingga kini, fenomena ini masih menjadi misteri.

Read more...

Tengkorak Misteri

>> Sabtu, 26 Jun 2010




Pada bulan Mei 2009, seorang peladang yang sedang bekerja menyiapkan satu projek disebuah sekolah di utara Dallas dengan tidak sengaja telah menjumpai 1 tengokorak."Kita semua telah tahu bahawa tengkorak ini ialah tengkorak primat",ujar David Evans,25 tahun,orang yang menjumpai dari Alvarado."Hanya kami tidak tahu ianya dari jenis apa?".Tengkorak itu telah tertanam kira-kira lima kaki di bawah tanah.Panjangnya dari depan sampai belakang sekitar 15 cm dan lebarnya pula 6 cm.Tengkorak ini masih mempunyai gigi dan sebahagiannya gigi taring yang berukuran 3 cm.Seorang pakar antropologis dari pejabat Tarran County Medical
Examiner, Dr. Dana Austin yang telah mengobservasikan gambar-gambar tengkorak tersebut mengatakan bahawa ianya mungkin seekor monyet atau cimpanzi.Evans telah berbincang pakar
yang lain dan percaya ia berkemungkinan tengkorak babun."Bagaimana tengkorak tersebut berada di bandar?",ujar Evans.Dia bercadang ingin menjual tengkorak tersebut jika ada sesiapa yang meletakkan harga tinggi.

Read more...

Misteri Bangkai di San Carlos

>> Jumaat, 8 Januari 2010


Bangkai makhluk diatas ialah bangkai yang telah ditemui oleh dua orang pemburu di San Carlos, Arizona ketika mereka sedang memburu di sana.Bangkai haiwan ini didapati berada dalam keadaan pelik dan tidak dikenali dgan mempunyai satu gigi taring yang membengkok.Beberapa penduduk tempatan menyatakan bahawa bangkai makhluk itu mungkin makhluk Chupacabra yang diangggap legenda.Bangkai haiwan diatas menyerupai seekor bangkai kucing.Contohnya ialah bangkai ini dikatakan "Sabretoothed" iaitu memiliki satu taring yang membengkok.Bangkai
ini juga dikatakan mempunyai kaki yang lebih panjang daripada kucing.Perkara yang menarik tentang bangkai ini ialah ia memiliki sisa pada tubuhnya yang boleh dikenali sebagai bekas sayap pada punggung.Setelah menemui bangkai tersebut, mereka segera membawanya kepada pihak yang berkaitan.

Read more...

Misteri Tengkorak Bertanduk

>> Jumaat, 13 November 2009



Pada tahun 1885, ketika melakukan kerja-kerja penggalian di Sayre,Bradford
Country,Pennyslvania beberapa tengkorak manusia berjaya ditemui.Semua tengkorak tersebut mempunyai sifat anatomi yg normal kecuali satu tengkorak.Tengkorak ini sepasang tanduk diatas matanya yang jaraknya lingkungan dua inci.Maka telah diperkirakan tinggi badan empunya tengorak ini adalah sekitar 2,1 meter.Tengkorak ini telah dihantar ke American Investigating Museum iaitu tempat Dr. Skinner. Di situ, tengkorak ini telah dicuri dan tidak pernah dilihat lagi hinggalah sekarang.Terdapat kontroversi yang mengatakan ia hanyalah bohong. Tetapi tidak ada bukti yg kuat bahawa tengkorak ini ialah hoax.Adakah tengkorak ini hoax dan kalau benar,siapakah empunya tengkorak ini?

Read more...

Misteri Naga Tasik Loch

>> Isnin, 10 Ogos 2009


Pada pertengahan abad ke-19 penduduk dunia telah digemparkan dengan penemuan misteri iaitu gambar seekor haiwan ganjil yg didakwa naga laut oleh penduduk setempat.Gambar tersebut diperolehi oleh seorang penduduk sekitar yg secara kebetulan berada di kawasan
tersebut ketika kejadian tersebut berlaku.Masyarakat setempat mengenali haiwan aneh tersebut sebagai "Nessie".Mereka mendakwa kononya haiwan tersebut pernah hidup ribuan tahun dahulu dan ini bukanlah kes pertama sekali haiwan aneh itu kelihatan kerana terdapat banyak laporan yg hampir serupa telah diterima sepanjang tahun."Nessie" merupakan seekor haiwan purbakala yg dikatakan sezaman dengan dinosaur.Makhluk ini telah mencetuskan gempar dalam kalangan penduduk dunia terutama sekali penduduk yg tinggal dekat dengan Tasil Loch.Ini kerana ia pernah dilihat berkeliaran disekitar tasik itu sejak 1,500 tahun dahulu.Kini, ia menjadi popular dan menjadi mistei zaman berzaman.Pelbagai rekod dan
gambar deperolehi dari mereka yg pernah melihat Nessie.Dan pada pada penghujung abad
ke-19,para pengkaji di seluruh dunia telah menjalankan beberapa kejadian mendalam pada Tasik Loch iaitu tempat Nessie ditemui tetapi hasilnya hingga kini,mereka masih belum menemui jawapan yang pasti mengenai misteri kemunculan Nessie itu.Mereka hanya
menemui bangkai besi yang dipercayai kapal selam lama di dasar tasik tersebut.
Walaubagaimanapun,ia masih menjadi tanda tanya samada makhluk ini benar-benar wujud
atau sebaliknya.Waallahualam.

Read more...

Misteri Kematian Bruce Lee

>> Selasa, 21 Julai 2009

Tahun 1940 adalah tahun naga, pada tahun itu di sebuah hospital di San Fransisco lahirlah Lee Hsiao Lung. Doktor yang menangani kelahiran bayi itu, memberinya nama Inggeris, Bruce. Demikianlah sang legenda terlahir.Pada berusia 6 tahun Bruce kecil sudah berlakon untuk pertama kalinya dalam filem berjudul “A Beginning Of A Boy”. Hal ini tidak menghairankan kerana ayahnya Lee Hoi Chun adalah seorang pelakon filem.

Sebenarnya Bruce adalah anak yang rapuh bahkan ia termasuk anak yang miskin Sehingga ketika dia terlibat pergaduhan ala jalanan ia mengalami kekalahan. Waktu itu dia berumur 14 tahun. Setelah berbincang dengan ibunya, dia memutuskan belajar seni bela diri. Jenis ilmu bela diri yang dia pelajari adalah Wing Chun, ia berguru dengan Sifu Yip Man. Ia juga berguru dengan master kungfu Siu Hon Sung. Biasanya dianggarkan tiga minggu untuk menguasai 30 jurus Siu Hon Sung, Bruce Lee hanya memerlukan tiga malam saja. Disamping itu Bruce Lee juga mendapat keterampilan anggar dari ayahnya. Ada sesuatu yg unik, Bruce Lee tidak hanya mahir bela diri, dia pintar menari cha-cha bahkan pada tahun 1958 dia bejaya meraih trophy Hongkong Cha-Cha Championship.

Setelah berbagai filem dibuat dan berbagai kejayaan diraih, pada tanggal 10 Mei 1973 Bruce tiba-tiba pingsan selama setengah jam saat mengisi dubbing untuk “Enter The Dragon”. Doktor memberinya resep Manatol,ubat untuk mengatasi gejala brain swelling (pengembangan otak).

Pada 20 July 1973, Bruce akan bertemu dengan Raymond Chow dan Betty Ting Pei, yang akan menjadi salah satu bintang dalam film “Game of Death”. Di rumah Betty, Bruce mengeluh sakit kepala kemudian dia mengambil Aguagesic, ubat sakit kepala yg biasa diberi Betty. Lalu Bruce merebahkan diri, saat tertidur ternyata serangan brain swelling datang kembali. Akhirnya Bruce meninggal di wad emergency RS Queen Elizabeth.

Khabar berita kematian Bruce Lee sangat mengejutkan,bahkan ramai yg tidak percaya. Pelbagai spekulasi telah timbul tentang kematiannya.Antaranya:

1- Dia dibunuh oleh sekumpulan gangster kerana enggan
membayar wang keamanan,iaitu perkara yg lazim dlm
dunia perfileman Hong Kong pada saat itu.

2- Dia dibunuh oleh pendekar Shaolin yg marah kerana
Bruce Lee telah menyebarkan Kung Fu kepada semua
ornag di serata dunia.

3- Beliau dikutuk kerana membeli rumah berhantu.

4- Beliau meninggal disaat berselingkuh dengan Betty Ting Pei.

5- Kebanyakan ornag Cina yakin bahawa Bruce mati kerana terlalu banyak berlatih Kung Fu.

Read more...

Misteri Segi Tiga Bermuda

>> Khamis, 16 Julai 2009

















Segitiga Bermuda merupakan antara salah satu misteri yg belum pernah diungkap lagi di dunia ini. Ia merupakan kawasan yg meliputi Wilayah Laut di Selatan Amerika Syarikat dengan titik sudut di Miami (Florida), Puerto Rico(Jamaica)dan Bermuda.Misteri demi misteri telah dicatat oleh pengelana samudera seperti Christopher Columbus. Dari pelbagai kesimpulan,jarum kompas dan peralatan pesawat yg hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tidak dapat melihat air.Kesimpulannya, di dasar laut di sana terdapat sebuah medan magnetik yg kuat,yg mampu mengganggu kompas atau menarik kapal ke dasar laut.Terdapat pelbagai teori dan andaian mengenai Segitiga Bermuda.Salah satunya ialah mungkin di ruang udaranya terdapat gangguan atmosfera yg berupa "lubang di langit".Berkemungkinan pesawat- pesawat tersebut telah masuk ke dalamnya dan hilang tanpa dikesan. Misteri "lubang di langit telah membentuk sebuah teori iaitu ia ada perhubungan dunia kita dengan dimensi lain.Ia dianggap seperti alat perhubungan di dalam filem Star Trek.Ataukah lubang tersebut UFO?Ramai yg berpendapat hilangnya pesawat dengan munculnya UFO.Tetapi hanya pertanyaan tanpa jawapan.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP