Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

Grand Canyon Skywalk

>> Khamis, 30 Julai 2009

Adakah anda berani berjalan diatas ini?

Jambatan kaca akan diletakkan 4000 kaki dari aras Sungai
Colorado di tepi sekali Grand Canyon.Pada Mei 2005,ujian
terakhir telah dilakukan dan struktur tersebut berjaya
melepasi kriteria-kriteria engineering dengan 400%,
membolehkan ia menampung berat 71 kapal terbang Boeing
747(lebih daripada 71 juta pounds).

Lebih daipada 1 million pound besi digunakan untuk membina
Grand Canyon Skywalk.





























































Read more...

UFO di Larkin

>> Isnin, 27 Julai 2009



JOHOR BAHRU-Objek terbang tidak dikenali(UFO)muncul di Johor Bahru?

Seorang pereka grafik, Mohd. Zamri Zain, 30, mendakwa melihat objek bercahaya seakan-akan UFO berlegar-legar di ruang udara di Taman Dato' Onn, Larkin di sini bermula pukul 10 malam kelmarin.

Menurut Zamri, objek tersebut dikatakan boleh dilihat di ruang udara beberapa jam sebelum ia hilang diliputi awan.

Katanya, objek bercahaya tersebut sebelum ini didakwa pernah muncul beberapa kali sejak awal bulan Mac lalu dan ia disedari oleh abangnya, Zaid Zain, 43.

"Selama ini saya hanya mendengar cerita daripada abang saya, tetapi bila saya lihat sendiri malam tadi (semalam) saya terpegun.

"Terdapat dua objek bercahaya dan salah satunya bergerak-gerak ke kanan dan ke kiri," katanya yang datang ke pejabat Kosmo! di sini semalam.

Zamri memberitahu, beliau telah merakam beberapa 'aksi' pergerkan objek bercahaya
tersebut melalui kamera digital miliknya.

"Saya yakin objek bercahaya itu bukan disebabkan oleh laser lampu atau pantulan cahaya dari kapal terbang mahupun sebuah pesawat.

"Ini kerana jika objek bercahaya itu ialah cahaya lampu laser ia tidak mungkin dapat dilihat ketika awan meliputi langit,"katanya.

Sumber-Akhbar Kosmo

Read more...

Benda2 terbesar di dunia

>> Ahad, 26 Julai 2009







































































Berikut ialah benda yg terbesar di dunia.Sebenarnya
banyak lagi gambar yg hendak saya tunjukkan,tetapi
lain kalilah.Kita perlu bersyukur apabila melihat
ciptaan-ciptaan Tuhan yang ajaib ini.Sekian.

Read more...

Area 51

>> Khamis, 23 Julai 2009


Dari sekian banyak pusat penelitian yang terkenal di dunia , adalah Area 51, merupakan fasiliti pengembangan dan pengujian militer yang sangat rahsia (top secret), yang dioperasikan oleh angkatan Udara Amerika Serikat. Area 51 berlokasi di dalam daerah pelatihan dan pengujian Nevada . Lokasi Area 51 berada di Lincoln Country berjarak 115,5 km sebelah utara Las Vegas dengan luas dianggarkan 103 kilometer persegi.Area 51 didirikan pada tahun 1955 yang pada awalnya diperuntukkan melakukan pengujian pengembangan pesawat mata-mata Amerika Syarikat Siri U-2 yang baru diciptakan. Pesawat U-2 dapat terbang sampai ketinggian 70.000 kaki. Selama operasinya U-2 telah secara bebas terbang di atas wilayah Uni Sovyet sampai akhirnya satu pesawat U-2 tertembak jatuh pada tahun 1960. Akhirnya U-2 dicat berwarna hitam pada tahun 1960-an. Ia untuk menampakkan seolah-olah adanya penampakan benda angkasa yang tak dikenal biasa disebut UFO (Unditified Flying Object), beberapa U-2 dicat dengan warna silver mengkilat. Sejak itu Area 51 terus berkembang dan digunakan untuk berbagai pengembangan suatu projek yang disebut sebagai Projek Hitam (Black Project) yang terdiri dari pesawat siri Blackbird, siri Stealth Fighter dan siri Stealth Boomber. Siri Blackbird merupakan kelanjutan dari seri U-2 yang dimulai tahun 1962 dengan rancangan type A-12 dan SR-71. Sebagai contoh, type SR-71 memiliki kecepatan jelajah mencapai 3500 km/jam dengan ketinggian efektif jelajah 4830 km.Sejalan dengan penelitian pesawat tempur yang canggih, diperoleh pula data-data tentang adanya kehadiran mahluk angkasa yang menuju Bumi, yang lebih dikenal dengan nama Alien. Akhirnya sampailah kita pada suatu pertanyaan seberapa besar kemungkinan keberadaan Alien di alam semesta ini. Untuk hal itu, Area 51 telah terlibat dalam penyelidikan teknologi Alien. Berdasarkan isu yang sahih dan dipercaya oleh banyak pakar, bahawa team Area 51 telah menemui dan menyelidiki secara rahsia runtuhan UFO yang ditemukan di daerah Roswell, negara bahagian New Mexico, Amerika Serikat, tahun 1947. Walau pun belum terdapat bukti yang jelas, beberapa pakar luar telah menduga bahawa ilmuwan Area 51 memiliki dan merawat satu mahluk Alien di suatu tempat yang sangat rahsia. Ia diperkuat lagi dengan pengakuan Bob Lazar seorang fisikawan, pada tahun 1989 bahawa dia telah bekerja disalah satu tempat penelitian yang berada pada daerah selatan Area 51 dan bahawa Area 51 telah melakukan pengujian pesawat terbang yang luar biasa canggihnya dan juga telah melakukan komunikasi dengan Alien.Keberadaan Alien di Area 51 ini menimbulkan satu teori konspirasi yang merupakan hasil pengumpulan data dari runtuhan pesawat Alien yang jatuh di Roswell dan pengakuan Bob Lazar pernah terlibat pada kegiatan tersebut, seperti pertemuan dengan keadaan di angkasa dengan menggunakan peralatan secukupnya, pengembangan senjata canggih sangat tinggi dan kegiatan-kegiatan yang secara luas di seluruh dunia. Berdasarkan isu yang beredar kegiatan teori konspirasi ini dilakukan di Danau Groom yang berada di sekitar lokasi Area 51. Namun sampai sejauh ini belum ada suatu penjelasan ilmiah yang dapat menjelaskan keberadaan Alien yang sesungguhnya. Usaha yang dilakukan adalah mengumpulkan data berupa laporan dan foto UFO dari internet.

Read more...

Misteri Kematian Bruce Lee

>> Selasa, 21 Julai 2009

Tahun 1940 adalah tahun naga, pada tahun itu di sebuah hospital di San Fransisco lahirlah Lee Hsiao Lung. Doktor yang menangani kelahiran bayi itu, memberinya nama Inggeris, Bruce. Demikianlah sang legenda terlahir.Pada berusia 6 tahun Bruce kecil sudah berlakon untuk pertama kalinya dalam filem berjudul “A Beginning Of A Boy”. Hal ini tidak menghairankan kerana ayahnya Lee Hoi Chun adalah seorang pelakon filem.

Sebenarnya Bruce adalah anak yang rapuh bahkan ia termasuk anak yang miskin Sehingga ketika dia terlibat pergaduhan ala jalanan ia mengalami kekalahan. Waktu itu dia berumur 14 tahun. Setelah berbincang dengan ibunya, dia memutuskan belajar seni bela diri. Jenis ilmu bela diri yang dia pelajari adalah Wing Chun, ia berguru dengan Sifu Yip Man. Ia juga berguru dengan master kungfu Siu Hon Sung. Biasanya dianggarkan tiga minggu untuk menguasai 30 jurus Siu Hon Sung, Bruce Lee hanya memerlukan tiga malam saja. Disamping itu Bruce Lee juga mendapat keterampilan anggar dari ayahnya. Ada sesuatu yg unik, Bruce Lee tidak hanya mahir bela diri, dia pintar menari cha-cha bahkan pada tahun 1958 dia bejaya meraih trophy Hongkong Cha-Cha Championship.

Setelah berbagai filem dibuat dan berbagai kejayaan diraih, pada tanggal 10 Mei 1973 Bruce tiba-tiba pingsan selama setengah jam saat mengisi dubbing untuk “Enter The Dragon”. Doktor memberinya resep Manatol,ubat untuk mengatasi gejala brain swelling (pengembangan otak).

Pada 20 July 1973, Bruce akan bertemu dengan Raymond Chow dan Betty Ting Pei, yang akan menjadi salah satu bintang dalam film “Game of Death”. Di rumah Betty, Bruce mengeluh sakit kepala kemudian dia mengambil Aguagesic, ubat sakit kepala yg biasa diberi Betty. Lalu Bruce merebahkan diri, saat tertidur ternyata serangan brain swelling datang kembali. Akhirnya Bruce meninggal di wad emergency RS Queen Elizabeth.

Khabar berita kematian Bruce Lee sangat mengejutkan,bahkan ramai yg tidak percaya. Pelbagai spekulasi telah timbul tentang kematiannya.Antaranya:

1- Dia dibunuh oleh sekumpulan gangster kerana enggan
membayar wang keamanan,iaitu perkara yg lazim dlm
dunia perfileman Hong Kong pada saat itu.

2- Dia dibunuh oleh pendekar Shaolin yg marah kerana
Bruce Lee telah menyebarkan Kung Fu kepada semua
ornag di serata dunia.

3- Beliau dikutuk kerana membeli rumah berhantu.

4- Beliau meninggal disaat berselingkuh dengan Betty Ting Pei.

5- Kebanyakan ornag Cina yakin bahawa Bruce mati kerana terlalu banyak berlatih Kung Fu.

Read more...

Fakta Pelik.

>> Sabtu, 18 Julai 2009

-Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang
hayat.

-Jika anda menjerit selama lapan tahun,tujuh bulan dan enam
enam hari, anda boleh menhasilkan tenaga yg cukup untuk
memanaskan secawan kopi.

- Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang akan
meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir.Mengapa?
Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak
140 seminit.

-Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi
bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

-Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi
termasuk jantung.

-Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina,ia merupan senjata yg merbahaya.

Kalau ingin banyak lagi fakta pelik,email saya.

Read more...

Misteri Segi Tiga Bermuda

>> Khamis, 16 Julai 2009

















Segitiga Bermuda merupakan antara salah satu misteri yg belum pernah diungkap lagi di dunia ini. Ia merupakan kawasan yg meliputi Wilayah Laut di Selatan Amerika Syarikat dengan titik sudut di Miami (Florida), Puerto Rico(Jamaica)dan Bermuda.Misteri demi misteri telah dicatat oleh pengelana samudera seperti Christopher Columbus. Dari pelbagai kesimpulan,jarum kompas dan peralatan pesawat yg hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tidak dapat melihat air.Kesimpulannya, di dasar laut di sana terdapat sebuah medan magnetik yg kuat,yg mampu mengganggu kompas atau menarik kapal ke dasar laut.Terdapat pelbagai teori dan andaian mengenai Segitiga Bermuda.Salah satunya ialah mungkin di ruang udaranya terdapat gangguan atmosfera yg berupa "lubang di langit".Berkemungkinan pesawat- pesawat tersebut telah masuk ke dalamnya dan hilang tanpa dikesan. Misteri "lubang di langit telah membentuk sebuah teori iaitu ia ada perhubungan dunia kita dengan dimensi lain.Ia dianggap seperti alat perhubungan di dalam filem Star Trek.Ataukah lubang tersebut UFO?Ramai yg berpendapat hilangnya pesawat dengan munculnya UFO.Tetapi hanya pertanyaan tanpa jawapan.

Read more...

Yakjuj dan Makjuj-Berita Gempar dari NASA

>> Isnin, 13 Julai 2009

WASHINGTON - Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.

“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”.

“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”

“Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sumber-email.

Read more...

Lukisan Ilusi

>> Sabtu, 4 Julai 2009






Semua gambar diatas ini merupakan lukisan ilusi atau 3D.
Ia juga dipanggil dengan nama 'Optical Illusion'.Ia seakan-
akan benda yang betul,tetapi sebaliknya hanya lukisan.

Read more...

Gambar Pusat Bumi?











Ini merupakan antara gambar2 lubang terbesar di dunia yang dikatakan kononnya sebagai'pusat bumi'..Kononnya, kalau masuk dalam tu,memang takder harapan nak keluar. Tapi,tak tau lah betul atau tidak sebab siapa la agaknya yang berani nak masuk dalam tu.Entah boleh keluar balik entah tidak...

Read more...

Pengumuman.

>> Rabu, 1 Julai 2009

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Ini adalah blog kedua saya.Saya mendapat ilham untuk membuat blog ini kerana saya menyukai perkara pelik atau aneh.Harap semua mendapat info yang berguna dan boleh dimanfaatkan.Semua perkara pelik atau aneh tak semestinya kita perlu mempercayainya 100%.Ini mungkin menyebabkan kita murtad(keluar dari Islam).*Sekian*

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP