Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

Penemuan Haiwan Baru

>> Isnin, 16 November 2009


Penemuan seekor haiwan baru telah ditemui iaitu seekor kura-kura albino.Kura-kura ini ditemui di tepi sungai di Hena,China.Kura-kura putih ini mempunyai tempat tersendiri di dalam kebudayaan China.Sebuah novel klasik "Perjalanan ke Barat"yang menceritakan kisah Sun Go Kong bersama-sama temannay pernah menceritakan tentang seorang dewa yang diubah menjadi kura-kura putih besar setelah dia melakuan satu kesalahan.Namun, ia tidak seperti karakter di dalam novel tersebut.Kura-kura putih ini hanya memiliki panjang 40 cm dan berat 6.5 kg.Tubuhnya berwarna putih dan mempunyai sedikit tompok berwarna merah jambu.

Read more...

Ikan Bergigi Manusia


Cerita kali ini bermula dengan seorang nelayan lelaki yang bernama Scott Curry yang berjaya menangkap ikan ini di Tasik Buffalo Springs,Texas.Dia segera mengetahui bahawa ikan ini memiliki gigi yang sama seperti manusia.Pengawal dari Tasik Buffalo Springs berkata bahawa beliau yang mengawal di kawasan ini selama 36 tahun,belum pernah melihat ikan seperti ini.Sebuah stesen televisyen tempatan di Texas segera membuat pengumuman bahawa sesiapa sahaja yang dapat menangkap ikan jenis ini lagi akan dihadiahkan 100 Dolar.Ikan ini ialah jenis ikan yang biasa ditemui di Sungai Amazon.Nama sainstifik bagi ikan ini ialah Colossoma
Macropomum atau disebut sbg ikan Pacu.Ia dapat membesar sehigga panjang 90 cm dan berat 30 kg.Ikan ini bukan saja boleh dijumpai di Sungai Amazon malah ia ada dijual di kedai haiwan di Amerika Selatan.Yang menjadi misterinya adalah bagaimana ikan ini boleh sampai keTasik Buffalo Spring,Texas sedangkan ia berada di tempatlain?
NOTE:Ikan pernah keluar kat program Monster Fish chanel National Geographic.

Read more...

Crop Circle Boryoung

>> Jumaat, 13 November 2009


Selama ini bagi anda yang mengetahui tentang crop cirles tentu ingat bahawa satu-satunya negara yang megalami crop circle ialah Jepun.Namun pada tahun 2008 yang lalu, seorang jurugambar berbangsa Korea telah mempostkan gambar crop circle yang mungkin crop circle yang pertama di Korea Selatan di laman webnya.Crop circle ini telah muncul di Kota Boryoung iaitu pada 3 Jun 2008.Selain mempunyai bentuk dan formasi yang unik, ia juga mempunyai ukuran yang agak luar biasa.Menurut jurugambar tersebut, crop circle ini mempunyai ukuran sekitar 150-200 meter.Jurugambar tersebut juga menceritakan bahawa dia dapat merasakan adanya sesuatu tenaga ketika dia memasuki formasi ini.Dan dia menjadi lemah untuk seketika.Tetapi tidak ada keterangan lebih lanjut mengenai crop circle ini.So carilah sendiri pasal benda nie.

Read more...

Misteri Tengkorak Bertanduk



Pada tahun 1885, ketika melakukan kerja-kerja penggalian di Sayre,Bradford
Country,Pennyslvania beberapa tengkorak manusia berjaya ditemui.Semua tengkorak tersebut mempunyai sifat anatomi yg normal kecuali satu tengkorak.Tengkorak ini sepasang tanduk diatas matanya yang jaraknya lingkungan dua inci.Maka telah diperkirakan tinggi badan empunya tengorak ini adalah sekitar 2,1 meter.Tengkorak ini telah dihantar ke American Investigating Museum iaitu tempat Dr. Skinner. Di situ, tengkorak ini telah dicuri dan tidak pernah dilihat lagi hinggalah sekarang.Terdapat kontroversi yang mengatakan ia hanyalah bohong. Tetapi tidak ada bukti yg kuat bahawa tengkorak ini ialah hoax.Adakah tengkorak ini hoax dan kalau benar,siapakah empunya tengkorak ini?

Read more...

Misteri Rangka Starchild

>> Rabu, 11 November 2009

Rangka Star Child pertama kalinya telah menarik perhatian dunia beberapa tahun dahulu iaitu pada tahun 2004.Dan sekarang rangka tersebut sekali lagi telah menarik perhatian dunia.Rangka tersebut telah kembali dipamerkan selepas diperbaikan kerana adanya tulang rahang dan tulang kaki kiri yang hilang.Terdapat beberapa teori yang menyatakan bahawa rangka ini hanyalah rangka seorang budak kecil dengan Hydrocephalus.Dan ada juga yang menyatakan bahawa ia kecatatan bawaan kepada kanak-kanak.Tetapi,bagi sekumpulan yang meminati UFO,tentu sekali menganggap Star Child sebagai makhluk asing.Ternyata yang jelas sekarang ialah ianya hanya sebuah rangka yang masih lagi menjadi misteri.

Read more...

Ular Berkaki


Pada 14 September yang lalu,Mrs Dean Qiongxiu yang berumur 66 tahun telah menemui seekor ular tergantung di dinding bilik tidurnya pada lewat malam.Yang menjadi anehnya ialah ular tersebut tergantung pada dinding dengan menggunakan cakar yang terdapat pada kakinya.Mrs Dean telah mengatakan bahawa dia berasa sangat takut sehingga dia telah mengambil seliparnya dan memukul ular itu hingga mati.Lalu dia mengawetkan ular itu di dalam sebuah botol.Ular sepanjang 16 inci itu mempunyai jari-jari kecil.Kini, ia sedang dikaji oleh Life Sciences Deparment.Mutasi genetik yang umumnya terjadi pada ular adalah tumbuhnya kepala kedua yang muncul dengan proses yg sama seperti kembar siam yg terjadi pada manusia.Untuk
pengetahuan anda semua, kejadian ini berlaku di negara China.

Read more...

Bunga di Paip Besi

>> Isnin, 9 November 2009


Seorang warga berbangsa Cina dilaporkan telah menemui sejemput
bunga tumbuh di batang paip besi di kebun sayur-sayurannya.Dia
telah mengatakan kepada Sohu News: "Saya sedang membersihkan
paip-paip besi, lalu tanpa sengaja tangannya menyentuh sesuatu yg
lembut".Ding mengatakan bahawa dia sangat terkejut menyaksikan
sejemput bunga putih tumbuh pada permukaan paip besi."Batang
bunganya lebih halus daripada rambut manusia.Semuanya ada 38
bunga putih.Setiap bunganya memiliki diameter 1mm."Tidak ada tanah
dan air,bunga ini mungkin blh membawa keuntungan kepadanya,
"katanya.Jiran tetangga Ding percaya bahawa bunga-bunga tersebut
adalah bunga lagenda Youtan Paluo yang hanya berkembang sekali
setiap 3000 tahun sahaja.

Read more...

Fenomena Batu Melayang


Pada 4 Ogos 2009,di sebuah bukit di Gushan,China sebuah objek yang menyerupai sebuah batu besar dilihat melayang di udara.Adakah objekitu UFO atau memang sebuah batu besar yang melayang kerana satu fenomena alam?Gambar diatas telah diambil oleh seorang yg bernama Gang Hao.Dia telah mengambil gambar tersebut pada 19 Julai yang lalu pada pukul 15:34.
Ketika itu,Gang Hao dan keluarganya sedang mendaki bukit.Dia mengambil kameranya lalu mengambil gambar pemandangan di sekitar tempat itu.Dua hari kemudian, ketika semua foto itu selesai diupload di komputer,dia melihat objek tersebut pada salah satu gambar yang ditangkapnya.Walaupun fenomena ini sangat aneh dan luar biasa,ternyata fenomena serupa
juga pernah dilihat di Limon State Park dan Yellowood State Park di Indiana,Amerika.Kini,
fenomena ini menjadi misteri.Apakah yang penyebab ia melayang dan terapung? ataupun
ini adalah photoshop semata-mata.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP