Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

Tsuchinoko (ツチノコ)

>> Sabtu, 29 Oktober 2011


Tsuchinoko (ツチノコ) merupakan haiwan yang dilaporkan wujud di negara
matahari terbit, Jepun tetapi belum lagi dibuktikan kewujudannya (cryptid).
Bentuknya seperti ular tetapi perutnya buncit seakan-akan botol dan
mempunyai ekor seperti tikus.Ramai saksi telah melaporkan pernah melihat
Tsuchinoko di seluruh Jepun kecuali di Hokaido dan Kepulauan Ryukyu.
Menurut lagenda, Tsuchinoko mempunyai kebolehan untuk bercakap dengan
manusia dan lebih suka berbohong.Segelintir juga mempercayai bahawa
Tsuchinoko suka akan minuman alkohol, Sake dan boleh melompat sehingga
jarak 1 meter.Di daerah Kanto, Jepun, penduduk lebih gemar menggelarnya
Bachihebi.Beberapa orang pemerintah daerah di Jepun sanggup menawarkan
hadiah berupa wang tunai kepada sesiapa terutamanya penduduk Jepun yang
berjaya menagkap Tsuchinoko.Saksi yang pernah melihat Tsuchinoko
melaporkan cara bergerak Tsuchinoko seperti ulat atau menggulungkan diri
sambil mengigit ekor dan berputar seperti roda.Kini, Tsuchinoko masih belum
pernah ditangkap kerana saksi yang melihat menjadi takut atau haiwan
tersebut melarikan diri terdahulu.

Penjelasan Yang Masuk Akal.

Berkemungkinan, ramai saksi yang mengaku pernah melihat Tsuchinoko
mungkin tersalah lihat.Hal ini kerana perut ular yang baru sahaja menelan
mangsanya akan membesar seperti tubuh badan Tsuchinoko.Di samping itu,
Tsuchinoko mirip dengan haiwan Tiliqua scincoides yang dibawa masuk ke
Jepun pada 1970-an sebagai haiwan peliharaan.Haiwan tersebut mempunyai
kaki yang kecil sehingga tidak boleh dilihat dan apabila haiwan tersebut
berada di semak-samun ia boleh dianggap sebagai Tsuchinoko.

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP