Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

Tsuchinoko (ツチノコ)

>> Sabtu, 29 Oktober 2011


Tsuchinoko (ツチノコ) merupakan haiwan yang dilaporkan wujud di negara
matahari terbit, Jepun tetapi belum lagi dibuktikan kewujudannya (cryptid).
Bentuknya seperti ular tetapi perutnya buncit seakan-akan botol dan
mempunyai ekor seperti tikus.Ramai saksi telah melaporkan pernah melihat
Tsuchinoko di seluruh Jepun kecuali di Hokaido dan Kepulauan Ryukyu.
Menurut lagenda, Tsuchinoko mempunyai kebolehan untuk bercakap dengan
manusia dan lebih suka berbohong.Segelintir juga mempercayai bahawa
Tsuchinoko suka akan minuman alkohol, Sake dan boleh melompat sehingga
jarak 1 meter.Di daerah Kanto, Jepun, penduduk lebih gemar menggelarnya
Bachihebi.Beberapa orang pemerintah daerah di Jepun sanggup menawarkan
hadiah berupa wang tunai kepada sesiapa terutamanya penduduk Jepun yang
berjaya menagkap Tsuchinoko.Saksi yang pernah melihat Tsuchinoko
melaporkan cara bergerak Tsuchinoko seperti ulat atau menggulungkan diri
sambil mengigit ekor dan berputar seperti roda.Kini, Tsuchinoko masih belum
pernah ditangkap kerana saksi yang melihat menjadi takut atau haiwan
tersebut melarikan diri terdahulu.

Penjelasan Yang Masuk Akal.

Berkemungkinan, ramai saksi yang mengaku pernah melihat Tsuchinoko
mungkin tersalah lihat.Hal ini kerana perut ular yang baru sahaja menelan
mangsanya akan membesar seperti tubuh badan Tsuchinoko.Di samping itu,
Tsuchinoko mirip dengan haiwan Tiliqua scincoides yang dibawa masuk ke
Jepun pada 1970-an sebagai haiwan peliharaan.Haiwan tersebut mempunyai
kaki yang kecil sehingga tidak boleh dilihat dan apabila haiwan tersebut
berada di semak-samun ia boleh dianggap sebagai Tsuchinoko.

Read more...

La Isla de la Munecas

>> Isnin, 14 Mac 2011


La Isla de la Munecas ialah sebuah pulau yang menyeramkan kerana ia dipenuhi oleh
boneka yang telah lusuh.Pulau ini dipenuhi dengan pelbagai tanda tanya dan misteri.
Masyarakat setempat mengatakan pulau ini berpuaka.Tiada seorang pun yang tahu
mengenai sejarah pulau ini, namun yang pasti ianya dipenuhi boneka.Pulau berpuaka
ini terletak di selatan Mexico City.Nama pulau ini berasal dari perkataan Sepanyol.
Cerita demi cerita misteri tentang pulau ini tersebar ke serata tempat.Peliknya,
perkara tersebut menarik perhatian pengunjung untuk datang ke pulau itu.Menarik
dan seram!itulah suasana yang dirasai pengunjung yang datang.Hampir semua pokok
disitu digantung dengan boneka yang rosak.Semua pengunjung yang datang ada
memberitahu bahawa mereka berasa seram sejuk dan gementar.Mereka mendapati
seolah-olah ada mata yang selalu mengawasi mereka ke mana pun mereka bergerak.
Menurut satu cerita,dahulunya pulau ini merupakan tempat tinggal seorang pertapa,
Don Julian Santana.Walaupun sudah berkahwin,dia memilih untuk menghabiskan 50
tahun berseorangan di pulau ini.Don Julian berkata dia selalu diganggu oleh hantu
gadis kecil yg lemas di sekitar pulau itu.Beberapa sumber memberitahu,Don Julian
mengantung boneka-boneka tersebut bertujuan untuk menenangkan hantu gadis
kecil tersebut.Pada tahun 2001,Don Julian telah ditemui mati lemas di pulau itu.
Kini, pulau ini dianggap tempat pelancongan paling aneh di dunia.

Read more...

Misteri Lata Kinjang

>> Khamis, 10 Februari 2011



























Hutan Lipur Latar Kinjang saban hari dikunjungi orang awam untuk bermandi-manda.Ia sebenarnya menyimpan cerita misteri dan lagenda yang hanya diketahui segelintir orang
setempat.Mengikut sejarah, ia dinamakan Lata Kinjang kerana terdapat banyak kijang.
Orang Inggeris yang datang memburu telah salah menyebut lalu berubah menjadi
"Kinjang". Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi JKKK turut mengesahkan mengenai cerita misteri yang terdapat di sini. Setakat ini, masih belum ada inisiatif untuk membukukan kisah misteri dan lagenda Lata Kinjang.Sekiranya orang-
orang tua meninggal dunia, maka lenyaplah cerita tempat ini untuk generasi muda.
Pengerusi JKKK ada menyebut,di tingkat tiga lata terdapat kesan tapak kaki kijang yang
dikejar harimau akar lalu disumpah kelembai menjadi batu.Kesan tapak kaki dan batu
seakan harimau akar masih tersergam di tingkat tiga lata. Disini juga,terdapat kubur anak kelembai yang terbaring memanjang menjadi batu.Juga kesan tapak kaki kelembai
termasuk lesong menumbuk padi yang disumpah jadi batu.Beliau turut menceritakan
bahawa Puteri Bunian pernah menjelma disini pada zaman silam sehingga menarik
perhatian seorang bangsawan Inggeris yang bercita-cita tinggi mengahwini puteri itu.Masyarakat Orang Asli disini berkata bahawa orang Inggeris tersebut datang pada
tahun 1900.Kerana ingin melihat wajah Puteri Bunian,hartawan tersebut telah membina
sebuah banglo di tingkat 1 lata.Ia bertujuan tempat menginap sambil melihat wajah
puteri yang muncul ketika senja.Setelah berbulan-bulan menunggu,akhirnya dia pulang
ke Eropah.Banglo tersebut rosak dan hanya tinggal rangkanya sahaja.Puteri Bunian
dipercayai penunggu Lata Kinjang oleh segelintir masyarakat.Disini juga terdapat
serumpun buluh perindu.Ia hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu saja.
Allahyarham P.Ramlee dikatakan memiliki buluh perindu yg diambil disini sebagai ubat memerdukan suaranya.Terdapat kambing gurun yang lincah dan ia sukar diperangkap.
Pengerusi JKKK berkata bahawa ini adalah cerita lisan dari mulut ke mulut saja.Beliau
berharap agar yang mengambil inisiatif untuk membukukan melalui cerpen, novel atau drama.

Read more...

Misteri Kellie's Castle

>> Selasa, 25 Januari 2011


Pemanduan setengah jam dari Bandaraya Ipoh, Perak ke Batu Gajah akan membawa anda ke sebuah Ladang Getah Kellas.Dalam ladang yang menghijau itu, berdiri teguh sebuah istana impian kepunyaan William Smith, seorang peladang kaya yang berasal dari Scotland.
Pembinaan yang bermula pada tahun 1915 telah berhenti secara tiba-tiba kerana kematian pemiliknya.Sejak itu, suasana seram menyelubungi istana itu.Sesetengah mempercayai bahawa
ia mempunyai bilik rahsia dan terowong yang boleh menghubungkan hingga ke Ipoh dan yang lain.Setelah 96 tahun berlalu, perkara aneh dan ganjil telah menguatkan lagi lagenda mengenai istana impian ini.Ia juga seperti telah menarik ramai pengunjung datang ibarat magnet.Satu perkara ganjil telah ditemui beberapa tahun yang lalu.Ia adalah benda yang menyerupai seekor beruang di batang pokok batai, pokok yang berusia kira -kira 40 tahun.Pengarah Eksekutif Kellie's Castle, Tajuddin Yaacob, berkata penemuan ini telah mengubah senario Kellie's Castle yang terkenal sebagai kawasan perlancongan yang misteri di negara ini.Ini menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu dan cuti sekolah.Selain pelancong dalam negara, ia turut dikunjungi pelancong dari Jerman, Amerika Syarikat, dan negara lain di Asia.Kebanyakkan pelancong luar negara datang dari United Kingdom, mungkin sebab William Smith bersal dari Scotland.For your information, Kellie's Caste ialah istana zaman kolonial yang dibina antara 1905 hingga 1926.Ia dibangunkan atas lambang cinta William Smith kepada isterinya, Agnes.Ia diperbuat daripada batu bata merah dan marmar setinggi enam tingkat diimport dari India.Mempunyai 24 bilik tak termasuk bilik rahsia dan sebuah terowong.Juga mempunyai sebuah lif yang dikenali sebagai lif pertama di Malaysia.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP