Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

400 Year Cat Mummy

>> Sabtu, 24 Oktober 2009


Mei 2009,Richard Parson,seorang pengarah perusahaan pemakaman
sedang merenovasi sebuah rumah yang dimilikinya yang terletak di
wilayah Ugborough dekat Plymouth.Ketika para pekerja sedang sibuk
membongkar dinding bilik mandi lantai atas,mereka telah menemui
seekor mumia kucing yang berada dalam keadaan utuh lagi.Mr.Parson
mengatakan bahawa seorang jirannya mengatakan kepadayan bahawa
mumia tersebut pernah ditemui dua puluh tahun yg lalu oleh penghuni
rumah sebelumnya.Mumia kucing yang ditemui masih memiliki bentuk
yang baik dengan cakar dan gigi.Diperkirakan usianya mencecah 400
tahun.Ia berkemungkinan diletakkan di dalam dinding untuk tujuan
mengusir roh jahat iaitu sesuai dengan kepercayaan zaman dahulu.Mr.
Parson juga mengatakan bahawa mumia kucing itu kelihatan ngeri dan
saiz kucing itu lebih besar dari kucing biasa.Dia juga menambah bahawa
sebenarnya terdapat sebuah lagenda bahawa ada seekor kucing yang
dikuburkan di dlm rumah.Namun tiada seorang pun yg tahu mengenai
perkara yang sebenarnya.

Read more...

400 Years Swiss Watch


Sekelompok ahli arkeologi dan dua orang jurnalis sedang membuat filem
dokumentari di sebuah lokasi perkuburan lama yangg terletak di Kota
Shangsi,China.Walau bagaimanpun,di tempat itu mereka tlh menjumpai
sebuah penemuan yg luar biasa dan aneh.Penemuan yang dimaksudkan
ialah sebentuk cincin batu yg bentuknya seakan Jam Swiss.Benda yang
membuatkan penemuan itu tlah menjadi aneh dan misteri adalah kerana
tempat perkuburan tersebut merupakan perkuburan yang berasal dari
Zaman Dinasti Ming dan diperkirakan ia telah berusia 400 tahun.Waktu
pada jam itu menunjukkan pukul 10:06.Dan yg menjadikan ia luar biasa
adalah terletak dibahagian belakang benda itu tertulis 'Swiss'.Penduduk
tempatan menjadi bingung kerana mereka tlah mempercayai bahawa
tempat perkuburan tersebut tidak pernah disentuh olh manusia sejak
pembangunannya pada 400 tahun yang lalu.Ketika ini, mereka sedang
menunggu para ahli yg bertanggungjawab dari Beijing untuk membantu
menyingkap rahsia tersebut.

Read more...

La Doncella

>> Ahad, 18 Oktober 2009


La Doncella merupakan mummi gadis Inca.La Doncella atau perawan
merupakan seorang gadis cilik yang meninggal lebih dari 500 tahun
dahulu dalam sebuah upacara pengorbanan di Pergunungan Andes.
Menurut para ahli arkeologi yang menemui jasad gadis mummi di
Argentina pada tahun 1999,mummi tersebut serta dua kanak-kanak
lain sengaja ditinggalkan diatas puncak pergunungan agar meninggal
kesejukan sebagai tanda persembahan kepada dewa.John Reinhard,
seorang penjelajah dari National Geographic yg memimpin ekspidisi,
menggambarkan penemuan saat itu sebagai "pengawitan mummi yg
paling hebat pernah dilihatnya".Muzium High Country Archaelogical
di Salta, Argentina telah menampilkan La Doncella, korban tertua
dari korban yg lain untuk pertama kalinya dipamerkan di khalayak
ramai.Pihak muzium meletakkan mummi tersebut di dalam sebuah
kotak pendingin dengan oksigen rendah untuk menjaga mummi agar
terpelihara dengan baik.

Read more...

Misteri Crop Circles.

>> Jumaat, 9 Oktober 2009


Crop Circle merupakan satu lingkaran dan bentuk-bentuk lain seperti
geometri (dan kebanyakkanya berukuran luas),bahkan ada juga yang
boleh ditemui dalam bentuk makhluk hidup seprti kala jenking,bunga
matahari lebah dan sebagainya.Ia boleh ditemui di ladang pertanian
terutamanya ladang gandum.Crop cirles banyak ditemui di negara
Eropah,Amerika,Canada,Australia dan Jepun.Fenomena ini biasanya
ditemui pada musim panas iaitu saat ladang pertanian ditumbuhi
dengan banyak tumbuhan.Bentuk geometri itu kadangkala seperti
lingkaran-lingkaran atau juga berbentuk rangkaian gambar yang unik.
Ia menunjukkan bahawa pembuatnya ialah makhluk yang bijak dan
pandai.Tetapi, crop circles bukanlah dibuat oleh manusia berdasarkan
berbagai bukti yg telah diselidik oleh para ilmuan.Yang menjadi tanda
tanya ialah siapakah yang membuat semua ini?Itulah yang menjadi
persoalan sekarang.
*Klik gambar diatas untuk melihat jenis crop circles.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP