Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

Rambut Manusia Purba

>> Jumaat, 26 Februari 2010


Sampel rambut di dalam gambar di atas yang berusia lebih 4,000 tahun yang ditemui di Selatan Greenland pada 1986 telah berjaya membuatkan para saintis mendapatkan lakaran imej seorang lelaki purba kala.Hasil penemuan (DNA) berdasarkan kajian mengenai rambut tersebut telah memberi harapan kepada para saintis untuk mengetahui tentang misteri kumpulan lelaki purba kala itu.Pada mulanya, lelaki purba kala ini dikenali sebagai Saqqaq bermaksud satu kebudayaan terawal yang dikesan pernah tinggal di Greenland.Beberapa kajian menunjukkan datuk nenek kumpulan itu berhijrah dari Siberia kira-kira 5,500 tahun dahulu.Saintis turut memberikan nama, lelaki itu sebagai Inuk yang bermaksud lelaki atau manusia dalam bahasa Greenland.Dalam kajian (DNA) itu juga, para saintis mempercayai bahawa Inuk mengalami masalah keguguran rambut,mempunyai mata berwarna perang,mempunyai kulit gelap dan
berdarah kategori A+.

1 comments:

Jazmi 26 Februari 2010 pada 6:07 PG  

Anda boleh search Inuk untuk mengetahui lebih lanjut mengenai artikel diatas.

Catat Ulasan

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP