Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

Alien berbentuk pisang?

>> Sabtu, 8 Ogos 2009

LONDON-Makhluk asing(ET) seperti pisang bercakap dengan loghat Scandinavia dan objek yg tidak dikenali (UFO)berbentuk berlian pernah dilihat dilihat di Britain, lapor sebuah akhbar berdasarkan pendedahan fail sulit kerajaan.Menurut akhbar berkenaan,kes ganjil melibatkan ET dan UFO itu disiasat oleh sebuah jabatan rahsia di Kementerian Pertahanan iaitu DI55.

Semua fail sulit itu boleh diakses di laman web Arkib
Kebangsaan yg menyatakan bahawa Britain didatangi UFO
sekitar tahun akhir 1980-an dan awal 1990-an.Fail itu turut
merekodkan lukisan seorang lelaki di London Barat yg melihat
ET berbentuk pisang dan memiliki tangan dan kaki seperti
manusia pada 16 Mei 1989.

Selain itu,para penyiasat DI55 turut menyoal seorang wanita
di Norwish iaitu bandar kedua terbesar di Britain pada 1989
selepas menyatakan dia dihampiri ET yg bercakap dengan
loghat Scandinavia dan mendakwa ia datang dari planet lain.
ET itu menjelaskan bahawa makhluk asing bertanggungjawab
melukis bulatan gergasi di ladang2 gandum dan diarahkan
utk tidak berhubung dgn manusia tetapi menyatakan ia
melawat bumi dengan tujuan yg baik.

Wanita itu terkejut dgn percakapan ET tersebut melarikan diri
ke rumahnya tetapi dia dikejutkan dgn bunyi berdengung yg
kuat lalu berpaling dan melihat sebuah piring terbang naik ke
udara dan hilang daripada pandangannya.

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP