Ikan Bergigi Manusia
Crop Circle Boryoung
>> Jumaat, 13 November 2009
Misteri Tengkorak Bertanduk
Pada tahun 1885, ketika melakukan kerja-kerja penggalian di Sayre,Bradford
Country,Pennyslvania beberapa tengkorak manusia berjaya ditemui.Semua tengkorak tersebut mempunyai sifat anatomi yg normal kecuali satu tengkorak.Tengkorak ini sepasang tanduk diatas matanya yang jaraknya lingkungan dua inci.Maka telah diperkirakan tinggi badan empunya tengorak ini adalah sekitar 2,1 meter.Tengkorak ini telah dihantar ke American Investigating Museum iaitu tempat Dr. Skinner. Di situ, tengkorak ini telah dicuri dan tidak pernah dilihat lagi hinggalah sekarang.Terdapat kontroversi yang mengatakan ia hanyalah bohong. Tetapi tidak ada bukti yg kuat bahawa tengkorak ini ialah hoax.Adakah tengkorak ini hoax dan kalau benar,siapakah empunya tengkorak ini?
Misteri Rangka Starchild
>> Rabu, 11 November 2009
Rangka Star Child pertama kalinya telah menarik perhatian dunia beberapa tahun dahulu iaitu pada tahun 2004.Dan sekarang rangka tersebut sekali lagi telah menarik perhatian dunia.Rangka tersebut telah kembali dipamerkan selepas diperbaikan kerana adanya tulang rahang dan tulang kaki kiri yang hilang.Terdapat beberapa teori yang menyatakan bahawa rangka ini hanyalah rangka seorang budak kecil dengan Hydrocephalus.Dan ada juga yang menyatakan bahawa ia kecatatan bawaan kepada kanak-kanak.Tetapi,bagi sekumpulan yang meminati UFO,tentu sekali menganggap Star Child sebagai makhluk asing.Ternyata yang jelas sekarang ialah ianya hanya sebuah rangka yang masih lagi menjadi misteri.