Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

Misteri Kematian Bruce Lee

>> Selasa, 21 Julai 2009

Tahun 1940 adalah tahun naga, pada tahun itu di sebuah hospital di San Fransisco lahirlah Lee Hsiao Lung. Doktor yang menangani kelahiran bayi itu, memberinya nama Inggeris, Bruce. Demikianlah sang legenda terlahir.Pada berusia 6 tahun Bruce kecil sudah berlakon untuk pertama kalinya dalam filem berjudul “A Beginning Of A Boy”. Hal ini tidak menghairankan kerana ayahnya Lee Hoi Chun adalah seorang pelakon filem.

Sebenarnya Bruce adalah anak yang rapuh bahkan ia termasuk anak yang miskin Sehingga ketika dia terlibat pergaduhan ala jalanan ia mengalami kekalahan. Waktu itu dia berumur 14 tahun. Setelah berbincang dengan ibunya, dia memutuskan belajar seni bela diri. Jenis ilmu bela diri yang dia pelajari adalah Wing Chun, ia berguru dengan Sifu Yip Man. Ia juga berguru dengan master kungfu Siu Hon Sung. Biasanya dianggarkan tiga minggu untuk menguasai 30 jurus Siu Hon Sung, Bruce Lee hanya memerlukan tiga malam saja. Disamping itu Bruce Lee juga mendapat keterampilan anggar dari ayahnya. Ada sesuatu yg unik, Bruce Lee tidak hanya mahir bela diri, dia pintar menari cha-cha bahkan pada tahun 1958 dia bejaya meraih trophy Hongkong Cha-Cha Championship.

Setelah berbagai filem dibuat dan berbagai kejayaan diraih, pada tanggal 10 Mei 1973 Bruce tiba-tiba pingsan selama setengah jam saat mengisi dubbing untuk “Enter The Dragon”. Doktor memberinya resep Manatol,ubat untuk mengatasi gejala brain swelling (pengembangan otak).

Pada 20 July 1973, Bruce akan bertemu dengan Raymond Chow dan Betty Ting Pei, yang akan menjadi salah satu bintang dalam film “Game of Death”. Di rumah Betty, Bruce mengeluh sakit kepala kemudian dia mengambil Aguagesic, ubat sakit kepala yg biasa diberi Betty. Lalu Bruce merebahkan diri, saat tertidur ternyata serangan brain swelling datang kembali. Akhirnya Bruce meninggal di wad emergency RS Queen Elizabeth.

Khabar berita kematian Bruce Lee sangat mengejutkan,bahkan ramai yg tidak percaya. Pelbagai spekulasi telah timbul tentang kematiannya.Antaranya:

1- Dia dibunuh oleh sekumpulan gangster kerana enggan
membayar wang keamanan,iaitu perkara yg lazim dlm
dunia perfileman Hong Kong pada saat itu.

2- Dia dibunuh oleh pendekar Shaolin yg marah kerana
Bruce Lee telah menyebarkan Kung Fu kepada semua
ornag di serata dunia.

3- Beliau dikutuk kerana membeli rumah berhantu.

4- Beliau meninggal disaat berselingkuh dengan Betty Ting Pei.

5- Kebanyakan ornag Cina yakin bahawa Bruce mati kerana terlalu banyak berlatih Kung Fu.

1 comments:

Jazmi 26 Julai 2009 pada 11:01 PTG  

sya ingin meminta maaf kerana ejaan ornag itu sebenarnya orang.

Catat Ulasan

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP