Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

Pingat Bahan Kitar Semula

>> Jumaat, 26 Februari 2010


Sukan Olimpik Vancouver 2010 yang berlansung sekarang telah mendapat sambutan baik daripada penonton dan peminat sukanmusim sejuk.Tentu anda ingin mengetahui atau tertanya-tanya dari apakah pingat Sukan Olimpik Vancouver berprestij ini dibuat Jawatankuasa Olimpik Vancouver 2010 (VANOC) telah mengitar semula komponen emas,perak dan tembaga dalam bahan buangan elektronok (e-waste) untuk dijadikan pingat dalam temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 di Vancouver, Kanada.Pingat-pingatyang bakal dimenangi oleh atlet yang memasuki acara dalam temasya sukan yang terbesar di dunia itu dibuat daripada komponen barangan elektrik iaitu daripada peti sejuk, televisyen, mesin basuh, komputer,radio hinggalah ke iPod.Menurut sumber iaitu jurnal Science, lebih 1.36 juta metrik tan bahan buangan itu didapatkan daripada telefon bimbit, pemain MP3, alat perakam dan pelbagai barangan elektronik lain yang ditemui di tapak pelupusan sampah.

Read more...

Rambut Manusia Purba


Sampel rambut di dalam gambar di atas yang berusia lebih 4,000 tahun yang ditemui di Selatan Greenland pada 1986 telah berjaya membuatkan para saintis mendapatkan lakaran imej seorang lelaki purba kala.Hasil penemuan (DNA) berdasarkan kajian mengenai rambut tersebut telah memberi harapan kepada para saintis untuk mengetahui tentang misteri kumpulan lelaki purba kala itu.Pada mulanya, lelaki purba kala ini dikenali sebagai Saqqaq bermaksud satu kebudayaan terawal yang dikesan pernah tinggal di Greenland.Beberapa kajian menunjukkan datuk nenek kumpulan itu berhijrah dari Siberia kira-kira 5,500 tahun dahulu.Saintis turut memberikan nama, lelaki itu sebagai Inuk yang bermaksud lelaki atau manusia dalam bahasa Greenland.Dalam kajian (DNA) itu juga, para saintis mempercayai bahawa Inuk mengalami masalah keguguran rambut,mempunyai mata berwarna perang,mempunyai kulit gelap dan
berdarah kategori A+.

Read more...

Putih Menyejukkan Suhu?


Bagi membendung masalah pemanasan global dan kepanasan bandar kita mungkin terpaksa mengecat seluruh bandar dengan warna putih.Satu kajian menunjukkan bumbung yg dicat dgn warna putih mampu membantu menyejukkan persekitaran bandar dan mengurangkan pemanasan global.Nmn begitu,kajian utk menentukan keberkesanan ia masih belum dapat dipastikan lagi tetapi mendapat sokongan Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat(AS), Steven Chu."Dalam teori,kajian yang dijalankan kami menunjukkan kaedah tersebut mampu mengurangkan kepanasan bandar."Pelaksanaan mewarna bumbung rumah dgn warna putih masih diperhalusi dan masih belum dapat dipastikan tetapi kita akan menjalankan kajian berhubung perkara ini," kata Ketua National Center for Atmospheric Research (NCAR),Keith Oleson.Tetapi adakah ia benar?Untuk memastikannya,anda perlulah cuba buat dirumah.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP