Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

Misteri Landspout

>> Isnin, 28 Jun 2010


Ia berlaku pada bulan Jun 2009.Ketika itu sebuah kereta Ford Explorer yang berada tidak jauh dari jalur angin yang membawa pasir Kansas telah menangkap gambar fenomena yang tidak boleh dilupakan.Gambar luar biasa ini memaparkan sebuah badai angin yang mencecah ketinggian 4000 kaki.Gambar ini telah diambil oleh Jim Reed.Dia ialah "pengejar badai" yang paling terkenal di Amerika.Reed telah mendokumentasikan fenomena alam di Amerika selama 15 tahun.Gambar tersebut telah terpapar di Majalah National Geographic edisi Jun 2009.Reed telah menggunakan Ford Explorer untuk mengejar badai di Amerika untuk tempoh kira-kira satu dekad.Fenomena ini banyak digelar "landspout" atau "semburan tanah".Umumnya fenomena ini berlaku dengan singkat.Tornado itu ialah 1 daripada 187 tornado yang menyerang Kansas pada tahun 2008.

Read more...

Tengkorak Misteri

>> Sabtu, 26 Jun 2010




Pada bulan Mei 2009, seorang peladang yang sedang bekerja menyiapkan satu projek disebuah sekolah di utara Dallas dengan tidak sengaja telah menjumpai 1 tengokorak."Kita semua telah tahu bahawa tengkorak ini ialah tengkorak primat",ujar David Evans,25 tahun,orang yang menjumpai dari Alvarado."Hanya kami tidak tahu ianya dari jenis apa?".Tengkorak itu telah tertanam kira-kira lima kaki di bawah tanah.Panjangnya dari depan sampai belakang sekitar 15 cm dan lebarnya pula 6 cm.Tengkorak ini masih mempunyai gigi dan sebahagiannya gigi taring yang berukuran 3 cm.Seorang pakar antropologis dari pejabat Tarran County Medical
Examiner, Dr. Dana Austin yang telah mengobservasikan gambar-gambar tengkorak tersebut mengatakan bahawa ianya mungkin seekor monyet atau cimpanzi.Evans telah berbincang pakar
yang lain dan percaya ia berkemungkinan tengkorak babun."Bagaimana tengkorak tersebut berada di bandar?",ujar Evans.Dia bercadang ingin menjual tengkorak tersebut jika ada sesiapa yang meletakkan harga tinggi.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP