Copyright 2010. Dikuasakan oleh Blogger.

Jangan Mudah Tertipu!!!

>> Sabtu, 31 Oktober 2009


Anda yang membaca artikel ini tentu pernah melihat atau mendapat
email mengenai gambar haiwan yang pelik ini.Untuk pengetahuan anda,
gambar ini merupakan salah satu hasil seni yang telah dihasilkan oleh
seorang artis sculpture Paticia Piccinini.Karya seni ini hanyalah untuk
menunjukkan macam mana rupa bentuk makhluk manusia-anjing.Ia
telah digunakan sebagai cerita palsu tanpa kebenarannya.Menurut
Paticia,dia tidak mengetahui dan tidak terlibat dalam kes penyebaran
kisah dan imej palsu ini.Cerita tentang gambar tersebut bermula dngan
cerita tentang akibat mempermainkan ayat Al-Quran.Gambar ini adalah
artwork yg diperbuat daripada silicon.Ia mengenai teknologi ujian
genetik.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Paticia dan imej diatas
rujuklah komen.

Read more...

400 Year Cat Mummy

>> Sabtu, 24 Oktober 2009


Mei 2009,Richard Parson,seorang pengarah perusahaan pemakaman
sedang merenovasi sebuah rumah yang dimilikinya yang terletak di
wilayah Ugborough dekat Plymouth.Ketika para pekerja sedang sibuk
membongkar dinding bilik mandi lantai atas,mereka telah menemui
seekor mumia kucing yang berada dalam keadaan utuh lagi.Mr.Parson
mengatakan bahawa seorang jirannya mengatakan kepadayan bahawa
mumia tersebut pernah ditemui dua puluh tahun yg lalu oleh penghuni
rumah sebelumnya.Mumia kucing yang ditemui masih memiliki bentuk
yang baik dengan cakar dan gigi.Diperkirakan usianya mencecah 400
tahun.Ia berkemungkinan diletakkan di dalam dinding untuk tujuan
mengusir roh jahat iaitu sesuai dengan kepercayaan zaman dahulu.Mr.
Parson juga mengatakan bahawa mumia kucing itu kelihatan ngeri dan
saiz kucing itu lebih besar dari kucing biasa.Dia juga menambah bahawa
sebenarnya terdapat sebuah lagenda bahawa ada seekor kucing yang
dikuburkan di dlm rumah.Namun tiada seorang pun yg tahu mengenai
perkara yang sebenarnya.

Read more...

400 Years Swiss Watch


Sekelompok ahli arkeologi dan dua orang jurnalis sedang membuat filem
dokumentari di sebuah lokasi perkuburan lama yangg terletak di Kota
Shangsi,China.Walau bagaimanpun,di tempat itu mereka tlh menjumpai
sebuah penemuan yg luar biasa dan aneh.Penemuan yang dimaksudkan
ialah sebentuk cincin batu yg bentuknya seakan Jam Swiss.Benda yang
membuatkan penemuan itu tlah menjadi aneh dan misteri adalah kerana
tempat perkuburan tersebut merupakan perkuburan yang berasal dari
Zaman Dinasti Ming dan diperkirakan ia telah berusia 400 tahun.Waktu
pada jam itu menunjukkan pukul 10:06.Dan yg menjadikan ia luar biasa
adalah terletak dibahagian belakang benda itu tertulis 'Swiss'.Penduduk
tempatan menjadi bingung kerana mereka tlah mempercayai bahawa
tempat perkuburan tersebut tidak pernah disentuh olh manusia sejak
pembangunannya pada 400 tahun yang lalu.Ketika ini, mereka sedang
menunggu para ahli yg bertanggungjawab dari Beijing untuk membantu
menyingkap rahsia tersebut.

Read more...

La Doncella

>> Ahad, 18 Oktober 2009


La Doncella merupakan mummi gadis Inca.La Doncella atau perawan
merupakan seorang gadis cilik yang meninggal lebih dari 500 tahun
dahulu dalam sebuah upacara pengorbanan di Pergunungan Andes.
Menurut para ahli arkeologi yang menemui jasad gadis mummi di
Argentina pada tahun 1999,mummi tersebut serta dua kanak-kanak
lain sengaja ditinggalkan diatas puncak pergunungan agar meninggal
kesejukan sebagai tanda persembahan kepada dewa.John Reinhard,
seorang penjelajah dari National Geographic yg memimpin ekspidisi,
menggambarkan penemuan saat itu sebagai "pengawitan mummi yg
paling hebat pernah dilihatnya".Muzium High Country Archaelogical
di Salta, Argentina telah menampilkan La Doncella, korban tertua
dari korban yg lain untuk pertama kalinya dipamerkan di khalayak
ramai.Pihak muzium meletakkan mummi tersebut di dalam sebuah
kotak pendingin dengan oksigen rendah untuk menjaga mummi agar
terpelihara dengan baik.

Read more...

Misteri Crop Circles.

>> Jumaat, 9 Oktober 2009


Crop Circle merupakan satu lingkaran dan bentuk-bentuk lain seperti
geometri (dan kebanyakkanya berukuran luas),bahkan ada juga yang
boleh ditemui dalam bentuk makhluk hidup seprti kala jenking,bunga
matahari lebah dan sebagainya.Ia boleh ditemui di ladang pertanian
terutamanya ladang gandum.Crop cirles banyak ditemui di negara
Eropah,Amerika,Canada,Australia dan Jepun.Fenomena ini biasanya
ditemui pada musim panas iaitu saat ladang pertanian ditumbuhi
dengan banyak tumbuhan.Bentuk geometri itu kadangkala seperti
lingkaran-lingkaran atau juga berbentuk rangkaian gambar yang unik.
Ia menunjukkan bahawa pembuatnya ialah makhluk yang bijak dan
pandai.Tetapi, crop circles bukanlah dibuat oleh manusia berdasarkan
berbagai bukti yg telah diselidik oleh para ilmuan.Yang menjadi tanda
tanya ialah siapakah yang membuat semua ini?Itulah yang menjadi
persoalan sekarang.
*Klik gambar diatas untuk melihat jenis crop circles.

Read more...

Golden Mantled Kangaroo


Satu jenis haiwan baru telah berjaya ditemui di negara Indonesia.Golden Mantled Kangaroo yang telah diduga akan penemuannya pada akhir tahun 2005 kelmarin telah berjaya ditemui oleh sepasukan pasukan gabungan dr National Geographic America Society,Australia International Conservation dan Pusat Penelitian Biologi Institut Indonesia di Pergunungan Foja Papua.Menurut daripada para peneliti,Golden Mantled Kangaroo merupakan jenis kangaru
yg paling kurang di dunia populasinya dan diperkirakan mungkin jumlahnya ialah tidak lebih dari 10 ekor.Bulunya yang bercorak belang dan menjadi buruan para pengemar bulu telah menyebabkan bilangannya semakin berkurangan di dunia ini.

Read more...

Komputer Zaman Purba

>> Khamis, 8 Oktober 2009


Pada 1901,para penyelam Yunani di perairan pulau Antikythera telah menemui sebuah benda peninggalan dari sebuah puing-puing di dasar laut dengan bentuk seperti sebuah jam yang berusia paling tidak 2000 tahun dahulu.Penelitian lebih mendalam kemudian oleh Derek J. De Solla Price,menunjukkan bahawa mekanisme ini adalah seperti yang kini digunakan sebagai komputer(mesin hitung)untuk mengukur pergerakan bintang dan planet.Dlm Scientific American,De Solla juga mengingatkan kembali tentang penemuan sebuah alat hitung kalendar beroda gigi dari Kebudayaan Islam abad ke-13 yg tersimpan di Muzium Sejarah Iptek,
Oxford.Konsep kerjanya sprti yang telah ditulis oleh ahli astronomi,Al Biruni pada tahun 1000M.Peralatan yang dibuat oleh peradaban Islam itu lebih sederhana daripada mekanisme Antikythera nmn diperlihatkan banyak kesamaan maklumat teknik yang digunakan diantara keduanya.Dr ini tampaknya peradaban Antikythera seolah-olah telah lenyap dari kita namun muncul dan difahami olh orang-orang Arab(Islam)Hingga lalu masuk ke peradaban Eropah pada abad pertengahan menjadi dasar teknologi jam moden.Antikythera kini disimpan di Muzium Arkeologi Nasional,Athena,Greek.(Discovery Channel).

Read more...

Misteri Machu Picchu


Machu Picchu, salah satu dari bangunan paling bersejarah di dunia dan juga tersenarai dalam 7 Keajaiban Dunia.Daripada pengamatan pakar, menunjukkan betapa majunya pengetahuan akan teknik merancang membangunkan peradaban masa lalu.Ketika Hiram Bingham,seorang
profesor muda Yale menemui Machu Picchu pada 1911,tempat ini sangatlah tersembunyi dan tertutup dengan tumbuhan yang lebat disekitarannya.Ia terletak hampir ketinggian 8000 kaki di permukaan laut.Bangunan menakjubkan yang terletak di pergunungan Andes ini relatif selama beratus tahun lamanya tanpa terusik oleh kehadiran manusia.Kini,hampir 2500 ribu pelancong berkunjung ke Machu Picchu di setiap harinya.Bingham mempercayai bahawa tempat ini mempunyai erti yang sangat besar akan kelahiran satu peradaban yang menjadi legenda di dunia iaitu Inca Empire.Satu peradaban asli yang besar dari benua Amerika yang telah hilang.Terdapat ribuan artifak yang sangat tinggi nilainya di Machu Picchu.Kini sebahagian
besar artifak-artifak tersebut sedang menjadi bahan penelitian untuk menggali lebih dalam lagi sejarah dari peradaban suku Inca.

Read more...

Little Doug

>> Rabu, 7 Oktober 2009


Pada 30 Ogos 2006,berakhirnya satu pameran mengenai makhluk
ganjil di Hull Maritime Museum di United Kingdom.Tiada seorang
pun yang dapat menjelaskan bahawa apakah spesies makhluk itu
kerana kepalanya kelihatan seperti kuda,tangannya seperti manusia
dan ia juga kelihatan sepeti kuda laut.Ada juga yang mengatakan dan
menganggap ia adalah sejenis naga dan juga sejenis ikan duyung.
Walau apa pun tanggapan umum mengenai makhluk tersebut tidak
dapat dipastikan kebenarannya.Pihak muzium masih tidak dapat
mengenal pasti spesies makhluk tersebut.Untuk pengetahuan anda
yang membaca artikel ini,Little Doug merupakan makhluk pelik
dari lautan.Waallahualam.-Agensi-

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP